Menurut kajian, hanya separuh daripada pasangan yang baru berkahwin akan melakukan hubungan intim mereka pada malam pertama mereka. Malah ramai yang memberikan alasan pasangan yang tidak melakukan hubungan intim pada malam pertama kerana penat dan belum sedia. Sebelum ini penulis pernah berkongsi 'Tips Malam Pertama Kepada Pengantin Baru Menurut Islam'. Tips kali ini berdasarkan kajian dan beberapa sumber yang boleh dipercayai.
Berikut adalah 6 tips untuk melakukan hubungan seks pada malam pertama.
1- Jangan Terus Masuk Dalam Bilik Tidur
Cari tempat khas untuk menghabiskan masa bersama selain bilik tidur. Anda boleh berjalan-jalan dengan pasangan atau duduk berdua di taman. Luangkan masa untuk membuatkan perasaan anda tenang dan lega agar tubuh dan fikiran menjadi aman dan tenteram.
2- Luangkan Masa Ke Bilik Mandi
Kebiasaannya wanita mempunyai acara tersendiri sebelum tidur. Ketika masih belum selesa untuk tidur bersama, pergilah ke bilik mandi seketika. Kenakan sedikit wangian dan bersihkan diri atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keyakinan diri.
3- Fokus Untuk Menikmati Masa Berdua Sahaja
Selesai majlis perkahwinan, biasanya banyak perkara yang mesti diatur dan diurus. Sebenarnya anda tidak perlu lakukan itu semua. Biarkan beberapa perkara agar anda ada masa untuk berdua sahaja dengan pasangan pada malam pertama.
4- Elakkan Penat Punca Perbalahan
Rasa penat disebabkan majlis perkahwinan biasanya membuatkan emosi mudah terusik. Jangan disebabkan ini akan mencetuskan perbalahan pada malam pertama. Malam pertama seharusnya menjadi malam yang sangat romantik dan akan dikenang sampai bila-bila. Kalau malam pertama dihiasi dengan perbalahan, pasti akan menjadi kenangan buruk.
5- Lakukan Persiapan Dengan Baik
Sediakan baju seksi, kenakan wangian yang menggoda dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah sikap keterbukaan. Melakukan hubungan seks pada malam pertama akan sama-sama menjadi pengalaman yang akan dikenang oleh pasangan dan anda. Suarakan apa sahaja yang menggangu anda dan pasangan pada malam pertama.
6- Bangkitkan Ghairah
Lakukan perkara yang mampu membuatkan tubuh anda tenang seperti mandi air panas, urutan atau mendengar muzik lembut. Tidak perlu terburu-buru. Yang penting adalah ciptakan rasa selesa antara anda dengan pasangan. Jika badan rasa lebih selesa dan tidak tertekan, maka hubungan intim boleh dilakukan dengan penuh ghairah.
Semoga perkongsian ini boleh mengeratkan hubungan pasangan suami isteri yang baru berkahwin, semoga perasaan bertambah sayang terhadap pasangan! Selamat mencuba...

No comments:
Post a Comment