SETIAP pasangan pengantin pastinya mengharapkan majlis perkahwinan yang diadakan berlangsung meriah dan sempurna.
Bagaimanapun, impian itu tidak berlaku kepada pasangan dari China bernama Zhou Tian dan Wang Lei.
Ini kerana majlis perkahwinan mereka yang berlangsung 9 Julai lalu di sebuah dewan hotel di Xinxiang itu hanya dihadiri 10 orang tetamu, dari 300 yang dijemput.
Lebih menyedihkan, beberapa jam sebelum majlis perkahwinan itu, pihak pengantin dimaklumkan bahawa jamuan makanan tidak dapat disediakan ekoran tukang masak tidak hadir ke tempat kerja kerana keadaan cuaca yang teruk.
Hari indah itu tidak berlangsung seperti yang diinginkan kerana banjir telah melanda bandar tersebut hingga menyebabkan para tetamu tidak boleh hadir.
Pun begitu, fenomena alam itu tidak menghalang pasangan ini menerusikan niat mereka untuk mendirikan perkahwinan.
Ketika majlis itu, pengantin lelaki iaitu Wang yang berusaha datang ke hotel itu dikatakan basah kuyup dan hanya memakai selipar serta vest.
Melihat hal itu, Zhou menangis dan segera memeluk bakal suaminya itu dan berkata, “walaupun tiada tetamu, tiada kereta konvoi, tiada bunga api, yang penting saya bersama bersama awak”.
Jurumekap yang terharu dengan situasi itu, kemudian memuat naik gambar perkahwinan itu dan menulis kata-kata yang dituturkan Zhou.
Gambar perkahwinan pasangan ini sekali gus menjadi viral dan membuatkan ramai tersentuh hati.
Walaupun mereka tidak mempunyai perkahwinan yang meriah, namun sikap percaya dan sokong antara satu sama lain membuktikan mereka pasangan yang diciptakan untuk satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment