cross

loading...

Thursday, 14 July 2016

Perancis Nafi Ada Tebusan Selepas Serangan Trak Di Nice

Hari ini, dunia dikejutkan dengan berita serangan sebuah trak yang merempuh orang ramai ketika sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice, Perancis hingga mengorbankan lebih 77 orang, pada Khamis.

Menurut sebuah akhbar Perancis, insiden itu adalah serangan pengganas dan ISIS adalah pihak yang bertanggungjawab. Pun begitu, ISIS masih belum mengesahkan hal tersebut.

Malah, muncul khabar angin menyatakan orang awam telah menjadi tebusan selepas insiden ngeri tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis segera mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat orang tebusan.

“Tidak ada tebusan.

“Seseorang memandu trak merempuh orang ramai. Dan dia telah dibunuh oleh polis.

“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau jika dia mempunyai rakan yang mungkin telah melarikan diri,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP

Sementara itu, pasukan penyiasat anti-keganasan telah mengambil alih siasatan ini namun, belum menggesahkan ianya adalah serangan pengganas. – MYNEWSHUB.CC
p;

No comments:

Post a Comment