cross

loading...

Friday, 15 July 2016

Pertama Di Dunia, Taiwan Buka Pusat Derma Darah Untuk Anjing

TIONGKOK – Derma darah bukan hanya dilakukan oleh manusia malah haiwan seperti anjing juga  diberikan tempat khusus untuk menderma darah agar dapat menyelamatkan sesama binatang berkaki empat.

Pingtung University of Technology and Sciences, membuka pusat derma darah yang untuk anjing mendermakan darah. Klinik-klinik haiwan yang diuruskan oleh universiti ini mula menjalankan pusat rawatan derma darah haiwan yang pertama pada 13 Jun lalu.

Menurut media tempatan, salah satu penderma tetap adalah anjing bernama ‘Han-han’. Beliau dilahirkan sebagai anjing liar tetapi kini Han-han telah membantu kehidupan anjing yang lain dengan menyumbangkan di pusat derma darah haiwan yang pertama di Taiwan.

“Sama seperti orang yang menderma darah, anda tidak tahu kepada siapa darah anda dipindahkan, tetapi anda bersedia untuk melakukannya,” Lapor dari tuan pemilik anjing ini, Lin Hui ching, kepada media tempatan.

“Dia mungkin juga memahami bahawa dia telah menyelamatkan banyak nyawa anjing,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment