cross

loading...

Thursday, 14 July 2016

Serangan Di Nice Adalah Angkara Pengganas- Barack Obama

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama menyatakan insiden trak yang merempuh orang ramai di Nice, Perancis adalah merupakan tindakan pengganas.

Dalam kenyataan rasminya, Obama mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang disifatkan sebagai serangan ngeri pengganas dalam kejadian yang telah membunuh dan mencederakan puluhan orang awam yang tidak bersalah.

Serangan Di Nice Adalah Angkara Pengganas- Barack Obama

Serangan Di Nice Adalah Angkara Pengganas- Barack Obama

Disamping itu, Obama juga menyeru kepada sekutu-sekutunya untuk memberi bantuan kepada Perancis dan menyiasat dalang disebalik serangan berkenaan.

“Doa kami beserta keluarga dan orang-orang tercinta lainnya yang meninggal dunia,” kata Obama.

“Doa kami beserta keluarga dan orang-orang tercinta lainnya yang meninggal dunia,” kata Obama.Christian Estrosi

Menurut Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi, sekurang-kurangnya 74 terbunuh dan puluhan orang awam cedera apabila sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api semasa perayaan Hari Bastille di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, pihak polis tempatan telah menembak mati pemandu yang memandu trak berkenaan yang memandu pada kelajuan tinggi pada jarak lebih 100 meter di sepanjang kawasan pinggir laut terkenal, Promenade des Anglais sebelum merempuh orang awam, kata sub-pengawas serantau, Sebastien Humbert kepada radio France Info.-MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment