cross

loading...

Friday, 15 July 2016

Pokemon Go Kini Carian Di Google Paling Popular, Kalahkan Porno!

WALAUPUN baru beberapa hari dilancarkan di beberapa buah negara, permainan telefon Pokemon Go sudah menjadi fenomena dan perbualan hangat di seluruh dunia.

Hal itu turut terbukti apabila permainan Pokemon Go itu muncul menjadi carian paling popular di internet, sekali gus mengalahkan rekod carian porno.

Pokemon Go screens-970-80

Portal Independent melaporkan, orang ramai mula mencari permainan yang menggunakan teknologi ‘augmented reality’ itu sejak beberapa minggu lalu.

Carian tentang Pokemon Go itu banyak direkodkan di Amerika, Autralia dan New Zealand, iaitu negara yang sudah boleh menggunakan permainan itu.

Pun begitu, beberapa negara lain seperti Belanda dan Kanada juga turut banyak direkod carian itu meskipun belum boleh mengakses aplikasi itu.

Rekod data dari Google Trends itu didedahkan oleh seorang penganalisa permainan video yang menggunakan akaun @ZhugeEX di Twitter.

SHB1181L-taxi-return-700k

Menerusi data tersebut, pola carian Pokemon Go mengalami peningkatan yang drastik sekali gus mengalahkan porno.

Sementara itu, aplikasi permainan ini masih belum boleh diakses di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment