cross

loading...

Friday, 15 July 2016

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

VIRAL di laman mikro Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) beberapa keping gambar Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengikuti latihan ketenteraan di sebuah kem.

Terbaharu, Tengku Amir Shah dilihat melaporkan diri menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion ke-17 di Kem Terendak Melaka.

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Difahamkan, baginda bakal ditauliahkan dalam majlis penuh istiadat yang akan berlangsung pada Selasa depan.

Sebelum ini, baginda pernah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson.

Malah baginda juga pernah mendapat pendidikan selama 18 bulan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.

Baginda merupakan putera tunggal kepada baginda Sultan Selangor dan dilahirkan pada 12 Disember 1990.

Raja Muda Selangor Sertai Batalion Ke-17 RAMD

Penglibatan baginda dalam ketenteraan itu jelas mengikut jejak langkah nendanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1952 yang menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Bagaimanapun, penglibatan kerabat diraja dalam pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukanlah suatu perkara yang asing lagi di negara ini. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment